KESEMUA tawar kursus keselamatan percuma kepada 10,000 penggiat pelancongan

Iklan
Ramanan (tiga dari kiri) ketika sidang akhbar selepas melawat NIOSH di sini pada Isnin.

BANGI - Kementerian Sumber Manusia (KESEMUA) menawarkan kursus asas keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) secara percuma kepada individu yang terlibat dalam sektor pelancongan bagi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Menterinya, Datuk Seri R Ramanan berkata, kursus asas dikenali Latihan Induksi Keselamatan untuk Industri Pelancongan (SITI) itu akan dikendalikan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

Iklan
Iklan

Menurutnya, program berkenaan ditawarkan secara percuma kepada 10,000 individu terawal melibatkan peruntukan sebanyak RM2.65 juta.

“Program SITI ini akan mengambil masa tujuh jam dan dijalankan sama ada secara dalam talian atau bersemuka di kemudahan-kemudahan NIOSH seluruh negara

Iklan

“Permohonan bagi mengikuti kursus ini akan dibuka mulai 25 Januari dengan peserta berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian dengan NIOSH.

“Ia akan ditawarkan kepada kumpulan sasar seperti pemandu pelancong, pengusaha produk pelancongan, pekerja dan kontraktor yang terlibat dalam industri pelancongan serta kakitangan dan penyedia penginapan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi di NIOSH di sini pada Isnin.

Hadir sama, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akhbar Khan dan Pengarah Eksekutif NIOSH, Datuk Ayop Salleh.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, kesemua peserta yang berjaya menamatkan kursus berkenaan diberikan pasport keselamatan secara digital dan mempunyai tempoh laku selama dua tahun.

Ujarnya, pemegang pasport keselamatan SITI juga akan mendapat perlindungan insurans sepanjang masa di dalam dan luar negara.

“Pendekatan yang mementingkan kesejahteraan warga kerja dan pelancongan ini juga selari dengan Kerangka Malaysia Madani hasil cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.