Welbeck puas Brighton singkirkan United di Old Trafford

Iklan
Welbeck (kanan) muncul wira Brighton di Old Trafford selepas meledak satu gol dan mencipta satu bantuan jaringan ketika The Seagulls menyingkirkan United di pusingan ketiga Piala FA. FOTO: Agensi

PENYERANG Brighton & Hove Albion, Danny Welbeck tidak dapat menyembunyikan kepuasan selepas pasukannya menyingkirkan Manchester United 2-1 di Old Trafford untuk melangkah ke pusingan seterusnya Piala FA.

Kemenangan itu mengesahkan kemaraan The Seagulls sambil memperlihatkan kekuatan keseluruhan skuad Brighton, apabila beberapa pemain yang jarang diturunkan mampu memberikan impak positif dalam perlawanan berintensiti tinggi.

Iklan
Iklan

Welbeck yang pernah menyarung jersi United sebelum menyertai Arsenal pada 2014, kini sudah menjaringkan lapan gol ke atas bekas kelabnya dalam semua kejohanan, sekali gus rekod tertinggi yang pernah dicatatkannya terhadap satu pasukan sepanjang karier profesionalnya.

“Beraksi di Old Trafford sentiasa memberikan cabaran besar, sama ada dalam Piala FA atau Liga Perdana. Kami berpuas hati dapat melangkah ke pusingan seterusnya.

Iklan

“Terdapat beberapa pemain yang tidak beraksi secara konsisten, namun mereka menunjukkan prestasi sangat baik.

“Ia menggambarkan kedalaman skuad yang kami miliki, dengan semua pemain berkongsi matlamat sama serta suasana positif dalam bilik persalinan,”kata Welbeck.

Iklan

Kejayaan itu turut melengkapkan minggu cemerlang Brighton di Manchester, selepas mereka mengikat Manchester City, 1-1 dalam perlawanan liga lima hari sebelumnya.

Sementara itu, pengendali Brighton, Fabian Hürzeler menyifatkan kemenangan berkenaan sebagai ganjaran kepada sokongan padu penyokong serta bukti keyakinan kelab untuk bersaing di peringkat tertinggi.

“Saya amat gembira buat para penyokong. Mereka terpaksa melakukan perjalanan jauh ke Manchester dua kali dalam tempoh singkat dan sokongan mereka amat luar biasa. Kemenangan ini sangat bermakna.

“Kami sentiasa percaya mampu memberi saingan kepada pasukan terbaik. Keyakinan seperti ini penting untuk mencapai sasaran yang lebih besar.