Wanita ditemui mati tertiarap dalam rumah berkunci

Iklan
Seorang wanita berusia lingkungan 55 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tertiarap di bahagian dapur di sebuah rumah di Kampung Cheh Hilir, Kuala Kangsar pada Ahad.

KUALA KANGSAR – Seorang wanita ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tertiarap di sebuah rumah yang berkunci di Kampung Cheh Hilir di sini pada Ahad.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu melalui talian 999 pada jam 8.44 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi kejadian sebelum mendapati pintu rumah berkenaan berkunci dari dalam.

"Sebaik pintu berjaya dibuka menggunakan peralatan khas, seorang wanita berusia lingkungan 55 tahun ditemukan tertiarap di bahagian dapur dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Iklan

"Pemeriksaan lanjut oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, sebaik siasatan polis dilakukan, anggota bomba membantu mengangkat mayat mangsa keluar.

Iklan

"Operasi disertai 12 anggota dengan bantuan dua jentera itu ditamatkan pada 9.35 malam," katanya.