Tingkat risiko penyakit zoonosis
Iklan
Cadangan memperbesarkan skala aktiviti penternakan babi di Kuala Langat dikhuatiri meningkatkan risiko penularan penyakit zoonosis termasuk influenza babi kepada manusia. Gambar kecil: Dr Zainal Ariffin
SHAH ALAM – Cadangan memperbesarkan skala aktiviti penternakan babi di Kuala Langat walaupun hanya untuk sementara waktu sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar, Hulu Selangor dikhuatiri meningkatkan risiko penularan penyakit zoonosis termasuk influenza babi kepada manusia.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, penyebaran penyakit influenza babi berisiko berlaku sekiranya kawalan biosekuriti lemah apatah lagi ketika ini masalah di tapak penternakan sedia ada juga masih berlarutan sejak 2010.