Lelaki berdepan detik cemas, kereta dipandu dihempap tayar lori tercabut

Iklan
Gambar tular memaparkan keadaan kereta dipandu mangsa yang remuk selepas dihempap tayar lori dalam kejadian di Lebuhraya SKVE, Sepang pada Sabtu. Foto tular (Gambar kecil: Norhizam)

SEPANG - Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas kereta dipandunya dihempap tayar lori yang tertanggal sebelum terpelanting di Jalan Kajang-Puchong, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, laporan kejadian diterima Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang kira-kira jam 8 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian melibatkan sebuah lori tipper dan kereta jenis Proton Satria Neo.

"Siasatan awal mendapati lori terbabit dalam perjalanan dari Kajang ke Puchong sebelum tayar belakang di sebelah kiri meletup dan terpelanting jatuh ke bawah jejambat.

Iklan

"Tayar itu telah menimpa bumbung belakang kereta terbabit," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, pemandu kereta berusia lingkungan 20-an itu bagaimanapun dilaporkan selamat.

Iklan

Katanya, pemeriksaan kedua-dua pemandu mempunyai lesen dan telah membuat laporan di IPD Sepang.

"Kemalangan itu tidak menyebabkan kecederaan pada mangsa dan hanya melibatkan kerosakan kenderaan sahaja," ujarnya.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Nurul Sakela Ramli di talian 019-5588221 atau 03-87774264.