Anak penggal kepala ibu guna parang, bawa keliling kampung

Iklan
Siasatan awal mendapati suspek, Mongkol Inthanon, 42 dipercayai menggunakan sebilah parang untuk memenggal kepala ibunya sebelum membawanya keluar dari kediamannya.

AMNAT CHAROEN – Seorang lelaki berusia 42 tahun didakwa memenggal kepala ibu kandungnya menggunakan parang dalam satu kejadian menyayat hati pada Ahad.

Kejadian ngeri di wilayah kecil di Isan, Thailand pada Ahad itu terbongkar selepas suspek tersebut dikesan membawa kepala mangsa yang terputus ke sebuah kawasan sawah padi sebelum berjalan mengelilingi kampung dalam keadaan pakaiannya lencun dengan kesan darah.

Iklan
Iklan

Ketua kampung bersama pembantunya yang mengesahkan kejadian tersebut di sebuah kediaman di Daerah Senangkhanikhom, segera bertindak menghubungi pihak polis bagi melaporkan penemuan mayat mangsa.

Pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian dan mengenal pasti mangsa sebagai Sroi Inthanon, 71, yang ditemui mati tanpa kepala di dalam rumah keluarga berkenaan.

Iklan

Siasatan awal mendapati suspek, Mongkol Inthanon, dipercayai menggunakan sebilah parang untuk memenggal kepala ibunya sebelum membawanya keluar dari kediaman tersebut.

Suspek berjaya ditahan oleh pihak polis kira-kira jam 8.30 pagi di kampung Ban Non Sung selepas penduduk setempat melaporkan melihat lelaki itu duduk di bahu jalan dengan kesan darah yang masih basah pada wajah dan seluruh anggota badannya.

Iklan

Pasukan forensik telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan intensif dan mengumpul bahan bukti di dalam rumah berkenaan.

Pihak polis mengesahkan bahawa siasatan lanjut kini sedang dijalankan dan kesemua bukti yang dikumpul akan menjalani analisis termasuk ujian DNA bagi melengkapkan fail kes pembunuhan berkenaan.

Setakat ini, suspek yang mempunyai rekod masalah penyalahgunaan dadah masih berada di bawah tahanan polis untuk tindakan lanjut sementara motif sebenar serangan tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa tempatan.