Dua beranak mengamuk dirujuk ke HTAR

Iklan
Suspek berusia 46 dan 20 tahun tiba-tiba mengamuk semasa mengadakan perbincangan sebelum berjaya ditenangkan polis. Foto hiasan

SHAH ALAM - Dua beranak yang mengamuk di sebuah flat di Klang pada Rabu lepas dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk pemantauan lanjut.

Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada seorang lelaki ketika ingin mengambil adik perempuannya di flat itu pada jam 7.50 malam.

Iklan
Iklan

"Bapa serta teman lelaki kepada adik perempuannya difahamkan tiba-tiba mengamuk semasa mengadakan perbincangan sebelum suspek berusia 46 dan 20 tahun berjaya ditenangkan polis.

"Semakan lanjut mendapati dua lelaki itu mempunyai masalah kesihatan mental dan dihantar ke HTAR untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Iklan

Ramli berkata, tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan susulan kejadian itu.

Terdahulu, video berdurasi lebih dua minit tular memaparkan seorang lelaki memegang sebilah parang menghalang orang ramai masuk ke rumahnya di sebuah flat sekitar Pandamaran, Klang. - Bernama

Iklan