Aaron-Wooi Yik mara ke final Terbuka Malaysia

Iklan
Aaron dan Wooi Yik ketika menentang beregu Lelaki Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Shohibul Fikri pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Petronas 2026 di Stadium Axiata Arena pada Sabtu. Foto Bernama

WAKIL tunggal negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menceriakan peminat tempatan apabila menempah ke pentas final kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2026.

Pasangan ranking kedua dunia itu menewaskan beregu Indonesia, Fajar Alfian–Muhammad Shohibul Fikri straight set 23-21, 21-18 dalam perlawanan yang berlangsung selama 51 minit di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Pada set pertama, Aaron–Wooi Yik dipaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan.

Pun begitu, di set kedua Fajar–Muhammad Shohibul memberi tentangan sengit dan nyaris mencipta kebangkitan namun gagal mengheret perlawanan ke set penentuan.

Iklan

Untuk rekod, kali terakhir beregu lelaki negara menjuarai kejohanan bertaraf Super 1000 itu adalah pada edisi 2014 menerusi gandingan Goh V Shem–Lim Khim Wah.

Menanti Aaron–Wooi Yik di final adalah pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae.

Iklan

Terdahulu, rekod tanpa kalah Won Ho-Seung Jae yang dibawa dalam tiga pertandingan sejak Oktober lalu hampir-hampir lebur di tangan wakil England, Ben Lane-Sean Vendy.

Won Ho-Seung Jae diberikan tentangan sengit Lane-Vendy menyebabkan mereka tewas mengejut 8-21 di set pertama.

Arena Axiata yang dipenuhi ribuan peminat kemudian menyemarakkan perjuangan gandingan Korea Selatan itu untuk memulakan kebangkitan.

Won Ho-Seung Jae merakam 21-11 di permainan berikutnya sebelum mengesahkan kemaraan dengan catatan 21-18 dalam aksi sengit di set penentuan.

Kemenangan pilihan pertama itu dalam tempoh 58 minit memastikan mereka selangkah sahaja lagi untuk mempertahankan gelaran diungguli tahun lalu.