Tukar lorong mengejut, remaja maut abang cedera

Iklan
Kumarasan (gambar kecil) memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Foto hiasan

ISKANDAR PUTERI – Gara-gara menukar lorong secara mengejut, seorang remaja lelaki maut manakala abangnya cedera dalam nahas di Kilometer 10.2 Lebuhraya Linkedua arah selatan, pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, nahas dipercayai berlaku pada jam 11.50 malam dan melibatkan sebuah motosikal serta sebuah lori di laluan berkenaan.

Iklan
Iklan

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa berusia 16 tahun dan abangnya yang menunggang motosikal terbabit sedang dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Gelang Patah.

“Mangsa yang berada di lorong kanan telah menukar haluan secara mengejut ke lorong kiri kerana hendak keluar ke simpang di sebelah kiri.

Iklan

“Akibatnya, motosikal yang ditunggang mangsa bersama abangnya telah dilanggar oleh sebuah lori yang sedang bergerak lurus di lorong tengah dan tidak sempat berhenti bagi mengelakkan pelanggaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Kumarasan, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi tujuan bedah siasat.

Iklan

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan secara melulu atau berbahaya.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan orang awam atau saksi yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan maut ini boleh menghubungi Kaunter Aduan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) di talian 07-5101322 bagi membantu siasatan,” katanya.