Agong berkenan tandatangani Akta Antibuli 2026

Iklan
Sultan Ibrahim berkenan menandatangani Akta Antibuli 2026 di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur hari ini. Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, berkenan menandatangani Akta Antibuli 2026 di Istana Bukit Tunku, di sini hari ini.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akta berkenaan yang digubal dan diluluskan di Parlimen pada 3 Disember lepas, bertujuan mewujudkan mekanisme khusus untuk menangani kes buli terhadap semua mangsa yang telah ditakrif dan diperuntukkan di bawah akta tersebut.

Iklan
Iklan

"Di bawah akta ini, Menteri Pendidikan, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Menteri Pertahanan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, serta Menteri Dalam Negeri diberi kuasa untuk mengurus dan mengawal selia kes buli di institusi pendidikan atau institusi lain di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa masing-masing,” menurut hantaran itu.

Hantaran itu turut memaklumkan, bahawa sebuah Tribunal Antibuli akan ditubuhkan sebagai suatu badan kuasi-kehakiman khusus untuk menerima, mendengar dan menentukan aduan buli yang dibuat oleh mangsa.

Iklan
Iklan

Tribunal berkenaan juga berkuasa memberikan sebarang pampasan atau perintah yang sewajarnya bagi maksud pembelaan dan keadilan terhadap mangsa buli. - Bernama