Padam GPS 'lumpuhkan' lori
Iklan
Antara lori yang ditahan anggota JPJ selepas dipercayai membawa muatan melebihi had.
SHAH ALAM – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan tindakan mematikan peranti Sistem Penentu Kedudukan (GPS) sehingga melumpuhkan keseluruhan sistem lori dikenal pasti antara taktik digunakan pemilik dan pemandu kenderaan perdagangan bagi mengelak tindakan penguatkuasaan.
Perbuatan itu dikesan khususnya ketika kenderaan terbabit membawa muatan melebihi had dibenarkan sejak akhir-akhir ini dan menimbulkan kebimbangan serius terhadap keselamatan pengguna jalan raya.