2026 tahun memperbaiki institusi Malaysia
Iklan
Seri Negara yang dibuka semula selepas melalui kerja-kerja pemulihan oleh pihak Khazanah. Foto Facebook Khazanah Nasional Berhad
SELAMAT Tahun Baharu! Saya memohon maaf kerana telah menyepi selama sebulan, sesuatu yang sebenarnya tidak disengajakan. Namun begitu, keadaan ini telah membuatkan beberapa orang pembaca muncul dan bertanya sama ada saya masih 'hidup', dan malah ada seorang daripada mereka merungut kerana kononnya 'kehilangan' pandangan saya tentang perkembangan penting di Malaysia dan luar negara.
Saya kira, bukan kerana mereka benar-benar berminat dengan pandangan saya tetapi lebih untuk memastikan saya masih bersetuju dengan pandangan mereka!