Kes curi kabel: Pakar desak tingkatkan denda
Iklan
Kerugian akibat kabel yang dicuri turut merangkumi kos pembaikan, gangguan operasi, kelewatan perkhidmatan dan implikasi keselamatan kepada pengguna. Gambar kecil: Shahul Hamid
SHAH ALAM - Ketidakseimbangan antara hukuman denda dan kerugian sebenar akibat kecurian kabel di Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) ataupun projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menunjukkan keperluan semakan semula terhadap peruntukan hukuman sedia ada.
Penganalisis jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, kerugian yang direkodkan bukan sahaja melibatkan kos fizikal kabel yang dicuri, bahkan turut merangkumi kos pembaikan, gangguan operasi, kelewatan perkhidmatan serta implikasi keselamatan kepada pengguna.