Kes Covid-19 di seluruh dunia melebihi 700,000
Iklan
ANKARA - Jumlah kes koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia melebihi 704,000 semalam, lapor agensi berita Anadolu berdasarkan data dikumpulkan Johns Hopkins University.
Virus maut itu kini merebak ke sekurang-kurangnya 177 negara dan wilayah di seluruh dunia dengan lebih 33,500 nyawa menjadi korban. Sejumlah 148,824 pesakit telah pulih.