Kuil di Dengkil guna bekalan elektrik papan iklan

Iklan
TNB dalam kenyataan sebuah struktur kuil yang dibina di atas tanah persendirian di Dengkil, Sepang beroperasi dengan mendapatkan bekalan elektrik daripada papan iklan berhampiran.

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan sebuah struktur kuil yang dibina di atas tanah persendirian di Dengkil, Sepang beroperasi dengan mendapatkan bekalan elektrik daripada papan iklan berhampiran.

TNB dalam kenyataan berkata, perkara itu dikenal pasti menerusi semakan awal yang dilakukan selepas mengambil maklum hantaran tular di media sosial, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Bekalan elektrik hanya diberi kepada papan iklan berhampiran kuil manakala pihak kuil telah mendapatkan bekalan elektrik secara terus melalui papan iklan tersebut.

"TNB sedang memantau situasi ini dengan teliti bagi memastikan semua langkah keselamatan elektrik di kawasan sekitar dipatuhi dan berada dalam keadaan selamat demi melindungi keselamatan orang awam," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Iklan

Menurut TNB lagi, pihaknya memberi jaminan akan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan pihak berkaitan sekiranya diperlukan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pemilik sebuah tanah persendirian di Sepang memberi tempoh seminggu kepada pihak berkaitan bagi mengosongkan sebuah kuil yang didakwa dibina tanpa kebenaran sebelum tindakan perobohan dilaksanakan.

Iklan

Tanah terpencil dan berpaya berkenaan dibeli oleh Datuk Suhaili Ahmad sejak 2001 bagi tujuan pemasangan papan iklan di tepi lebuh raya terkejut apabila terdapat sebuah kuil yang besar dibina selepas lebih 20 tahun tidak memasuki kawasan itu.

Insiden itu tular di media sosial dan kerajaan Selangor meminta supaya pengurusan kuil berkenaan akur dengan undang-undang yang telah ditetapkan.