Amaran ribut petir 4 negeri, 3 Wilayah Persekutuan hingga 7 malam

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan empat negeri dan tiga Wilayah Persekutuan hingga jam 7 malam ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di empat negeri selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran itu melibatkan Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak manakala di Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling serta Sepang).

Iklan
Iklan

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Limbang manakala di Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat (Kota Marudu dan Kudat). - Bernama