Lelaki dakwa dipukul selepas wanita ajak tengok kucing

Iklan
Mangsa yang berusia 21 tahun mengalami kecederaan serius selepas diserang oleh teman lelaki wanita berkenaan.

THAILAND - Seorang lelaki mendakwa dipukul selepas seorang wanita yang mengaku bujang menjemputnya ke rumah kononnya untuk melihat kucing dalam kejadian di Pattaya.

Memetik laporan Channel 7, mangsa berusia 21 tahun berkata, dia mengalami kecederaan serius selepas diserang oleh teman lelaki wanita berkenaan yang didakwa mencekiknya, memukul serta memijaknya selama lebih sejam.

Iklan
Iklan

Menurut mangsa, kejadian itu berlaku pada malam 24 Disember 2025 ketika dia bersama rakan-rakan sedang minum di Smileland Market, Pattaya Utara, sebelum berkenalan dengan seorang wanita.

Mangsa berkata, wanita tersebut mengesahkan dirinya bujang sebelum menjemputnya ke rumah di Soi Khao Ta Lo.

Iklan

Namun, sejurus tiba, dia mula berasa curiga selepas melihat kasut lelaki tetapi dimaklumkan ia milik ahli keluarga wanita itu.

Tidak lama kemudian, teman lelaki wanita berkenaan pulang dan terus menyerang mangsa sambil mendakwa rumah itu adalah kediaman pegawai kerajaan.

Iklan

Mangsa yang cedera parah kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Nong Prue.

Dia turut mendakwa teman lelaki wanita itu telah membuat laporan polis dengan menuduhnya menceroboh rumah, namun dia menegaskan dakwaan tersebut tidak benar kerana dia dijemput masuk.

Keluarga mangsa meminta pihak polis mempercepatkan siasatan bagi memastikan keadilan terhadap mangsa yang cedera.