Giliran kuasa ketiga?
Iklan
PH dan PN ialah dua blok utama gabungan politik dalam negara.
MINGGU ini saya berpeluang bercakap di set audio siar bersama pakar data dan ahli politik DAP, Dr Ong Kian Ming. Walau sudah lama berkawan di garis masa, ini kali pertama sembang kami direkodkan secara formal.
Perbualan kami menyentuh tentang apa sahaja di dalam mahupun luar spektrum politik tanah air. Di hujung bicara, kami menyentuh perihal the third force – kuasa ketiga – dan peluang blok ini untuk masuk ke arus perdana menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).