Duda, janda beri alasan bincang 'bisnes' ketika ditangkap khalwat

Iklan
Tangkap layar video serbuan di laman Lampu Suluh Banteras Maksiat JAINJ

BATU PAHAT - Seorang duda memberi alasan mahu berbincang mengenai 'bisnes' ketika dicekup bersama seorang wanita berstatus janda oleh pihak Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah rumah teres di sini pada Selasa.

Menurut sumber dari laman Facebook Lampu Suluh Banteras Maksiat JAINJ, pihak penguatkuasa melakukan serbuan pada jam 8.15 pagi selepas mendapat aduan awam.

Iklan
Iklan

“Setibanya di lokasi, penguat kuasa melihat kereta milik wanita terbabit berada dalam garaj berpagar. Dua penguat kuasa ditugaskan di belakang rumah dalam usaha mencegah suspek melarikan diri.

"Setelah 10 minit mengetuk pintu dan panggilan tidak berjawab, pintu akhirnya dibuka oleh seorang wanita yang memakai telekung labuh dan seluar panjang.

Iklan

“Setelah memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa, pihak penguat kuasa seterusnya masuk ke rumah bagi tujuan pemeriksaan,” menurut sumber berkenaan.

Hasil pemeriksaan katanya, pihak penguat kuasa memaklumkan keadaan ruang tamu didapati kemas dan tiada individu lain ditemukan kecuali makanan bungkus yang sudah dimakan separuh.

Iklan

Bagaimanapun jelasnya, pemeriksaan lanjut di bilik belakang telah menemukan seorang lelaki sedang bersembunyi di sebalik pintu.

“Wajah lelaki berkenaan kelihatan pucat dipercayai ingin melarikan diri mengikut pintu belakang.

"Lelaki ini hanya berseluar panjang dan tidak memakai baju. Baju lelaki dijumpai atas kerusi dalam bilik dan katil didapati berselerak, cadar dan bantal bersepah dan selimut jatuh ke lantai.

"Dalam almari pula ditemukan pakaian wanita dan tiada pakaian lelaki. Pemeriksaan seterusnya di bilik tingkat atas tidak menemui sesiapa dan mereka disahkah berdua sahaja dalam rumah itu." katanya.

Sementara itu, sumber memaklumkan siasatan lanjut mendapati kedua-duanya bukan suami isteri yang mana wanita berumur 30-an itu berstatus janda manakala lelaki pula berusia 40-an dan berstatus duda.

"Ini adalah rumah wanita dan lelaki berkenaan dikatakan datang ke rumah tersebut sekitar jam tujuh pagi dengan menaiki motosikal dan masuk melalui pintu belakang.

"Mereka sudah lama berkenalan dan sering berjumpa kononnya atas urusan perniagaan. Apabila ditanya apa tujuan lelaki itu datang ke rumah itu, mereka kata hendak bincang pasal 'bisnes.'

“Apabila penguat kuasa bertanya sama ada mereka ada hasrat untuk bernikah, mereka mendakwa ada perancangan tapi belum ditetapkan tarikh tersebut,” menurut sumber itu lagi.