Raja Perlis titah ADUN utamakan rakyat, negeri berbanding parti
Iklan
Tuanku Syed Sirajuddin ketika bertitah di Istana Arau pada Khamis.
ARAU – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menegaskan bahawa setiap wakil rakyat perlu mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri melebihi kepentingan parti atau peribadi.
Titah baginda itu disampaikan di Istana Arau selepas Majlis Angkat Sumpah Jawatan Exco Negeri Perlis pada Khamis.
Iklan
Iklan
Baginda bertitah, wakil rakyat harus sentiasa bersabar, menerima apa yang terbaik dan menjadikan setiap pengalaman sebagai pengajaran.
“Tuan-tuan dipilih menjadi wakil rakyat untuk mewakili rakyat, bukan mewakili diri sendiri. Dalam hal ini, utamakan rakyat dan negeri.
Iklan
"Ketika menjadi wakil rakyat pula, lupakanlah parti mana diwakili kerana tuan-tuan adalah wakil kepada semua rakyat dan menjaga rakyat tidak kira apa parti pun. Sekiranya rakyat memerlukan bantuan, kena bagi bantuan dan jangan mengikut parti," titah baginda.
Raja Perlis turut bertitah tentang betapa pentingnya menjaga rahsia kerajaan serta mendapatkan pandangan dan bantuan daripada pegawai atau menteri yang berpengalaman bagi melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.
Iklan
Baginda bertitah bahawa hubungan erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan amat penting bagi memastikan kelancaran pentadbiran, terutamanya bagi negeri kecil seperti Perlis.
“Hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan mestilah kuat. Kalau kita asingkan, susah kita.
“Kita perlu bantuan daripada Persekutuan. Bila ada masa, jika perlu, saya minta Exco pergilah berjumpa pegawai-pegawai atau menteri berkenaan portfolio,” titah baginda lagi.
Pada Majlis Angkat Sumpah Jawatan Exco Negeri Perlis tersebut, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah sebagai Exco Perlis di hadapan Tuanku Tuanku Syed Sirajuddin.
Empat ADUN tersebut yang dilantik ialah Izizam Ibrahim dari Titi Tinggi, Marzita Mansor (Sena), Megat Hashirat Hassan (Pauh) dan Wan Zikri Afthar Ishak (Tambun Tulang).
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.