Empat ADUN Bersatu angkat sumpah Exco Perlis, Abu Bakar galas enam portfolio

Iklan
Raja Perlis berkenan bergambar bersama semua ADUN Perlis selepas majlis angkat sumpah di Istana Arau pada Khamis.

ARAU - Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis dalam satu istiadat rasmi di Istana Arau di sini pada Khamis.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Bilik Hijau, kira-kira jam 11.30 pagi.

Iklan
Iklan

Empat ADUN yang dilantik ialah Izizam Ibrahim (Titi Tinggi), Marzita Mansor (Sena), Megat Hashirat Hassan (Pauh) dan Wan Zikri Afthar Ishak (Tambun Tulang).

Pelantikan berkenaan menyaksikan pembentukan barisan baharu pentadbiran kerajaan negeri Perlis, dengan Menteri Besar, Mohd Abu Bakar Hamzah turut memegang enam portfolio utama.

Iklan

Antara portfolio yang disandang Abu Bakar ialah pentadbiran dan kewangan; pelaburan dan ekonomi; tanah dan sumber asli; pelancongan dan seni budaya; infrastruktur serta kemajuan luar bandar; keselamatan dan hubungan sempadan.

Sementara itu, Izizam diberi tanggungjawab menerajui portfolio hal ehwal agama, perumahan dan kerajaan tempatan, kepenggunaan serta sumber manusia dan modal insan.

Iklan

Marzita pula memegang portfolio pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, pendidikan, perpaduan serta kebajikan dan pembasmian kemiskinan.

Megat Hashirat diberi amanah menguruskan hal ehwal pertanian, kesihatan, keusahawanan dan koperasi serta alam sekitar.

Wan Zikri Afthar pula mengetuai portfolio belia dan sukan, komunikasi dan digital, pengangkutan serta sains, teknologi dan inovasi.