Lelaki hilang sejak Isnin ditemui terapung di tasik

Iklan
Gambar tular memaparkan mayat seorang lelaki ditemukan terapung di Tasik The Mines pada Rabu.

SERDANG – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditemukan meninggal dunia selepas mayatnya dijumpai terapung di Tasik The Mines, Seri Kembangan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu pada jam 2.25 petang selepas seorang lelaki yang bekerja di Cruise The Mines menghubungi anggota polis bertugas di Kaunter Aduan Balai Polis Sungai Besi Indah, Seri Kembangan.

Iklan
Iklan

"Lelaki berusia 44 tahun itu ditemukan terapung di tasik berkenaan, semakan lanjut mendapati mangsa telah dilaporkan hilang sejak Isnin lalu,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Muhamad Farid berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah Serdang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Iklan
Iklan

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.