Jalan Ayer Itam ditutup kepada trafik

Iklan
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong meminta orang ramai bersurai selepas membeli-belah di Pasar Awam Ayer Itam, Jalan Ayer Itam semasa meninjau kawasan berkenaan yang ditutup untuk aliran trafik hari ini.- Foto Bernama

GEORGE TOWN - Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong meminta orang ramai bersurai selepas membeli-belah di Pasar Awam Ayer Itam, Jalan Ayer Itam semasa meninjau kawasan berkenaan yang ditutup untuk aliran trafik hari ini.

Jalan berkenaan ditutup kepada trafik bermula 6 pagi tadi bagi mengelakkan kenderaan persendirian daripada memasuki kawasan itu.

Iklan
Iklan

Tindakan itu diambil berikutan masih terdapat orang ramai yang berkeliaran semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selain memastikan peraturan menjarakkan sosial dipatuhi dan pada masa sama pihak berkuasa boleh mengawal bilangan pengunjung di pasar berkenaan. - Foto Bernama