Sultan Pahang tinjau serpihan disyaki objek dari angkasa

Iklan
Al Sultan Abdullah meluangkan masa melihat sendiri objek disyaki serpihan dari angkasa. Foto FB Kesultanan Pahang

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melihat serpihan dipercayai objek dari angkasa di Balai Polis Nenasi, Pekan pada Rabu.

Kesultanan Pahang melalui hantaran Facebooknya memaklumkan, Baginda meluangkan masa kira-kira 20 minit melihat objek berkenaan dari dekat dan mendengar persembahan taklimat oleh pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Iklan
Iklan

Baginda turut menerima sembah maklum berkenaan kajian yang masih dilakukan pihak MOSTI terhadap objek berkenaan berdasarkan rupa bentuk, keadaan semasa serta andaian lokasi asal serpihan tersebut.

Al Sultan Abdullah meluangkan masa melihat sendiri objek disyaki serpihan dari angkasa. Foto FB Kesultanan Pahang

Iklan

Objek seberat kira-kira 200 kilogram itu ditemukan penduduk kampung di pesisir pantai Kampung Tanjung, Nenasi pada 30 Disember tahun lalu sebelum ditempatkan di Balai Polis Nenasi bagi tujuan pengawasan dan kajian MOSTI.

Siasatan awal polis mendapati serpihan objek berkenaan dipercayai jatuh dari angkasa ke dalam laut sebelum dihanyutkan arus ke kawasan pantai di Nenasi.

Iklan

Serpihan disyaki dari anglasa kini ditempatkan di Balai Polis Nenasi bagi tujuan pengawasan dan kajian. Foto FB Kesultanan Pahang

Objek yang dianggarkan berukuran 4.26 meter x 3.64 meter itu telah diuji serta diteliti pegawai Jabatan Tenaga Atom Malaysia dan mendapati ia bebas daripada sebarang radiasi.