Tambang My50 antara paling murah di dunia
Iklan
Pas perjalanan bulanan My50 yang disubsidi kerajaan turut memberi manfaat besar kepada pengguna kerana melibatkan kedua-dua perkhidmatan bas dan rel.
PETALING JAYA - Tambang perkhidmatan rel dan bas di negara ini kekal tanpa semakan sejak lebih sedekad lalu, sekali gus memberi kelegaan kepada pengguna meskipun kos operasi terus meningkat.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Amir Hamdan berkata, kadar tambang perkhidmatan rel tidak pernah disemak sejak 2015 manakala tambang bas pula kekal sejak 2009.