Pagar rumah tumbang ketika anak kecil buka sendiri

Iklan
Tangkap layar sumber gambar daripada Nur Hazwanie

SHAH ALAM - Gelagat seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang teruja membuka pagar kediaman sendiri mencuri perhatian ramai apabila aksinya itu berakhir dengan insiden tidak dijangka, apabila pagar berkenaan tiba-tiba tumbang.

Kejadian yang berlaku pada 31 Disember lalu itu sempat dirakam oleh ibunya, Nur Hazwanie Ibrahim, 30, yang ketika itu sedang menunggu dalam keretanya.

Iklan
Iklan

Nur Hazwanie berkata, kejadian itu berlaku sebaik sahaja dia pulang dari tempat kerja bersama anaknya, Anggun Huwairaa.

Detik cemas pintu pagar terbalik.

Iklan

Ujarnya, ketika itu, kanak-kanak tersebut bersungguh-sungguh menawarkan dirinya untuk membuka pagar rumah.

“Memandangkan sebelum ini tidak pernah jadi apa-apa, jadi saya izinkan. Pada masa sama, saya rekod pergerakan anak saya untuk kenangan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Namun, dalam sekelip mata, situasi ceria bertukar menjadi cemas apabila pagar itu tumbang dengan sendiri ketika ditolak.

Menurut Nur Hazwanie yang juga ibu kepada dua orang anak itu, Anggun Huwairaa tidak mengalami sebarang kecederaan memandangkan pagar tersebut tidak mengenainya.

“Saya terus panik, keluar dari kereta dan angkat anak masuk semula ke dalam kereta. Alhamdulillah, dia tak apa-apa.

“Kejadian itu disedari jiran kami yang kemudian datang bertanyakan keadaan sebelum bertindak membantu membaiki pagar berkenaan.

“Sekarang pagar dah okay. Cuma selepas ini, kena lebih berhati-hati. Pagar itu sudah lama, mungkin dah reput sebab karat,” ujarnya.