PUCHONG - Sebuah kilang memproses makanan sejuk beku di Taman Perindustrian Maju Jaya di sini musnah dalam kebakaran pada Rabu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 6.14 pagi.
"Susulan itu, sebuah jentera bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja pemadaman.
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah kilang memproses makanan sejuk beku pada Rabu.
Iklan
Kebakaran melibatkan sebuah kilang berkeluasan anggaran 40 x 80 kaki persegi dan dianggarkan 80 peratus terbakar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu.
Iklan
"Setakat ini punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.