Janganlah syok sendiri tulis lirik lagu lucah, tak senonoh

Iklan
Penggiat seni diingatkan tidak merosakkan warisan seni budaya kita yang penuh dengan kesantunan - Gambar hiasan

MERAK Jalanan lihat penyanyi wanita ini memang sering sahaja mencipta kontroversi. Kali ini dia tampil dengan lagu baharu tapi liriknya pula mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan peminat dan penggiat seni kerana dikatakan mengandungi unsur lucah.

Merak Jalanan dah dengar lagu tersebut. Benarlah seperti dikata. Kalau dahulu pencipta lagu perah otak nak cari metafora indah untuk menggambarkan perasaan rindu, sekarang cukup sekadar cari perkataan yang boleh buat orang berfikir bukan-bukan.

Iklan
Iklan

Merak Jalanan kesal melihat betapa mudahnya lirik berunsur lucah kini dinormalisasikan dalam industri muzik tempatan. Janganlah hanya kerana kemaruk nak kejar sokongan peminat dan jumlah tontonan berjuta-juta, kita sanggup menyuap masyarakat dengan lirik murahan yang mencemarkan telinga, sanggup gadaikan nilai moral dan seni budaya kita sendiri

Seni itu sepatutnya mengangkat martabat jiwa, bukan merosakkan minda dengan bayangan yang tidak senonoh di sebalik istilah ‘kreativiti’.

Iklan

Merak Jalanan ingin mengingatkan semua penggiat seni, tolonglah jangan rosakkan warisan seni budaya kita yang penuh dengan kesantunan. Kita hidup dalam masyarakat yang ada adab dan agama. Kalau mahu berkarya, biarlah matang dan mendidik.

Kreativiti sepatutnya mengangkat nilai, bukan meruntuhkannya. Bayangkan jika anak-anak kecil, jika yang 'otak kuning' dan jika yang hati gersang mendengar lirik tak senonoh itu?

Iklan

Akhir kata, muzik ada kuasa membentuk jiwa. Biarlah ia membentuk jiwa yang baik, menceriakan hari, mengangkat nilai budaya dan meninggalkan kesan positif, bukan mengejar sensasi murahan.