'Tak salah benarkan PM pegang jawatan lama jika bagus'
Iklan
Wan Ahmad Fayhsal
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan, tidak salah untuk membenarkan tempoh jawatan Perdana Menteri melebihi 10 tahun sekiranya pemimpin nombor satu negara itu mempamerkan kecemerlangan dalam perkhidmatan.
Menurut wakil rakyat daripada Bersatu itu, pemimpin perlu dinilai berdasarkan keupayaan mentadbir negara, bukan berapa lama memegang tampuk kepimpinan.