Piala Dunia Sepak Takraw kembali ke Titiwangsa

Iklan
Sumali Reduan

 

SEBANYAK 26 negara bakal mengambil bahagian pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026 yang akan berlangsung pada 12 hingga 24 Mei depan.

Iklan
Iklan

 

Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, 14 negara bakal mengambil bahagian Divisyen Premier manakala selebihnya akan bertanding dalam Divisyen Satu.

Iklan

 

“Untuk Divisyen Premier, acara yang dipertandingkan ialah kuadran, regu dan regu berpasukan manakala Divisyen Satu hanya dua acara sahaja iaitu regu dan kuadran.

Iklan

 

“Bagi Divisyen Premier antara pasukan yang mengambil bahagian ialah Malaysia, Thailand, Vietnam dan Singapura termasuk dua yang dinaik pangkat, Iran dan Taiwan,” katanya pada sidang media pada Selasa.

 

Beliau berkata, Divisyen Satu pula pasukan yang bertanding termasuk Amerika Syarikat, Poland serta Perancis.

 

Dalam pada itu, Mohd Sumali memaklumkan tiada had ditetapkan kepada negara yang bertanding untuk menyertai acara dipertandingkan dalam divisyen masing-masing berbanding sebelum ini.

 

“Jadi saya menjangkakan Piala Dunia kali ini akan lebih rancak dan semua negara yang mengambil bahagian boleh masuk kesemua acara yang dipertandingkan dalam divisyen masing-masing,” katanya.

 

Mengenai persiapan negara sebagai tuan rumah Piala Dunia, beliau optimis Malaysia mampu menganjurkan kejohanan dengan cemerlang.

 

Mohd Sumali turut memaklumkan Stadium Titiwangsa, di sini akan sekali lagi menjadi venue bagi kejohanan berkenaan sama seperti Piala Asia tahun lalu dan Piala Dunia 2024.

 

Pada Piala Dunia tahun lalu yang berlangsung di Bihar, India, Malaysia berjaya membawa pulang tiga pingat gangsa menerusi doubles lelaki serta regu dan kuadran wanita.

 

Malaysia tidak menyertai acara regu dan regu berpasukan lelaki pada edisi berkenaan memandangkan tidak dipertandingkan bagi Divisyen Premier.- Bernama