Gempa bumi bermagnitud 6.2 gegarkan barat Jepun

Iklan
Gempa bumi dengan magnitud awal 6.2 melanda wilayah Shimane dan Tottori di barat Jepun. Gambar hiasan

TOKYO - Satu gempa bumi dengan magnitud awal 6.2 melanda wilayah Shimane dan Tottori di barat Jepun pada Selasa, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut agensi cuaca negara itu.

Menurut Kyodo News, gempa yang berlaku pada 10.18 pagi itu berpusat di timur Wilayah Shimane dengan bacaan skala intensiti seismik Jepun pada tahap '5-atas' daripada skala maksimum 7.

Iklan
Iklan

Beberapa siri gegaran susulan turut dilaporkan, termasuk gempa bermagnitud 5.4 pada kira-kira 10.37 pagi.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gempa bumi awal itu dikesan pada kedalaman 10 kilometer.

Iklan
Iklan

Sementara itu, pengendali Chugoku Electric Power Co memaklumkan tiada sebarang keluarbiasaan dikesan di loji kuasa nuklear Shimane yang terletak di Matsue setakat ini. - Bernama-Kyodo