Peniaga dilarang ambil untung tak munasabah
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin. Gambar kecil: Fuziah
SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melarang sebarang kenaikan harga yang membawa kepada keuntungan tinggi pada kadar tidak munasah dalam mana-mana penganjuran pesta atau festival makanan di negara ini.
Timbalan Menteri KPDN, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, peniaga terlibat juga boleh dikenakan tindakan sekiranya melakukan kesalahan tersebut.