Iktibar daripada semangat Hatyai
Iklan
Hatyai kembali bernafas dengan pantas sekali dan aktiviti perniagaan bermula dengan segera kerana ia adalah sumber rezeki mereka. Gambar fail
HATYAI adalah destinasi pelancongan yang amat terkenal buat rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini, bukan kerana aksesnya laluan darat yang begitu mudah membawa keluarga bercuti ke luar negara, tetapi kos berbelanja juga boleh dikatakan berbaloi.
Sekiranya ada sahaja cuti panjang, pasti pintu sempadan seperti Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar dipenuhi mereka yang mahu menyeberangi sempadan.