BATU PAHAT - Seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini hari ini dipercayai didera pengasuhnya.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, susulan kematian kanak-kanak itu pada jam 7.15 pagi tadi, polis kemudian menahan pengasuh berumur 33 tahun itu bersama suaminya yang berumur 41 tahun bagi membantu siasatan.