Inti pati perutusan Tahun Baharu 2026 PM Anwar

Iklan
Anwar Ibrahim. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Berikut adalah inti pati Perutusan Tahun Baharu 2026 yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

- Pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara adalah undang-undang pertama yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen ini.

Iklan
Iklan

- Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat akan dibentang dan diluluskan di Parlimen tahun ini.

- Rang undang-undang had tempoh jawatan Perdana Menteri akan dibentang pada sesi Parlimen ini.

Iklan

- Pelaksanaan sistem digital akan dipergiat bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

- Gaji hakim mahkamah dinaikkan selepas 10 tahun tiada kenaikan.

Iklan

- Peruntukan naik taraf sekolah sebanyak RM80 juta diberikan kepada SJKC, RM50 juta kepada SJKT.

- Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 1 akan bermula 20 Jan.

- Pemberian SARA RM100 kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas akan dikreditkan pada 9 Februari.

- Pembayaran SARA bulanan akan dibuat secara berperingkat mulai 9 Januari.

- Jualan Rahmah Madani bermula 9 Januari, dan akan diadakan tiga kali sebulan di setiap DUN.

- Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 bagi setiap murid boleh diambil di sekolah masing-masing. - Bernama