Masalah padi perlu solusi holistik
Iklan
Abdul Rashid memaklumkan, secara asasnya penanaman padi memerlukan sekurang-kurangnya empat peringkat pembajaan.
ALOR SETAR - Pembajaan yang dilaksanakan mengikut peringkat dan tempoh usia penanaman padi merupakan antara faktor mempengaruhi kualiti dan produktiviti pengeluaran padi negara.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, secara asasnya penanaman padi memerlukan sekurang-kurangnya empat peringkat pembajaan yang masing-masing mempunyai fungsi dan peranan tersendiri dalam menyokong pertumbuhan pokok sehingga peringkat pengisian buah.