Selepas beruang, Jho Low jadi apa pula?
Iklan
Jho Low
SKANDAL penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) belum boleh dianggap selesai, meskipun Datuk Seri Najib Razak disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Putrajaya.
Banyak komen mengenai watak Low Teik Jho atau Jho Low dalam keputusan kes 1MDB itu. Sehingga kini ahli perniagaan berusia 44 tahun itu yang didakwa sebagai dalang utama masih belum dapat ditahan.