Khairul Aming buka tempahan Rembayung 9 malam ini

Iklan
Khairul Aming memaklumkan bahawa tempahan bagi Rembayung akan dibuka bermula jam 9 malam ini.

SHAH ALAM – Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming memaklumkan bahawa tempahan bagi restoran pertamanya, Rembayung, akan dibuka bermula jam 9 malam ini.

Menurutnya, pembukaan tempahan itu adalah buat pertama kali, dan semua perincian termasuk kaedah tempahan akan dijelaskan menerusi penstriman langsung di TikTok.

Iklan
Iklan

“Tempahan untuk Rembayung akan dibuka jam 9 malam hari ini.

“Disebabkan ini kali pertama kita buka slot, semua perincian dan cara akan dijelaskan di TikTok Live KA malam ini,” katanya menerusi hantaran di Threads pada Ahad.

Iklan

Dalam pada itu, Khairul Aming turut memohon maaf atas pengumuman yang dibuat pada saat akhir, namun langkah itu diambil bagi memastikan segala persiapan berada pada tahap terbaik.

“Mohon maaf sebab umum saat akhir. Kita kena pastikan semua dah sedia, baru boleh umum hari ini,” ujarnya.

Iklan

Sebelum ini, Khairul Aming mengumumkan bahawa projek restoran pertamanya itu dibina dengan modal sebanyak RM4 juta.

Restoran berkenaan dibina di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi di Kampong Bharu, terletak hanya sembilan minit dari pusat beli-belah KLCC atau Menara Berkembar Petronas.