Harapan 2026 demi Malaysia
Iklan
Rakyat berharap 2026 membawa pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif, dasar gaji dan pekerjaan yang lebih progresif, sokongan lebih kukuh kepada PKS serta pelaburan dalam pendidikan selain kemahiran masa depan. Foto hiasan
TAHUN 2025 menjadi tahun penting dalam perjalanan Malaysia pasca ketidaktentuan politik yang berpanjangan sejak beberapa pilihan raya lalu.
Kerajaan Perpaduan terus diuji dari segi kestabilan, keupayaan mentadbir dan kepercayaan rakyat.