Pembangkang tersungkur awal?
Iklan
Pas Pusat secara rasmi menamatkan keahlian tiga ADUN Pas Perlis, sekali gus mengosongkan kerusi DUN Guar Sanji, Bintong dan Chuping. Gambar hiasan
SIAPA sangka ombak politik di sebuah negeri sekecil Perlis dengan hanya ada tiga kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh bertukar rupa menjadi satu tsunami politik besar blok pembangkang.
Segalanya bermula pada 22 Disember 2025, apabila media melaporkan khabar angin Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli didakwa kehilangan sokongan majoriti dengan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Bersatu dan tiga dari Pas telah menarik sokongan.