Anak disangka meninggal nahas muncul saat jenazah dimandikan

Iklan
Rakaman kepulangan individu itu turut menjadi tular di media sosial.

JEMBER – Warga di Kecamatan Bangsalsari, Kabupaten Jember, Jawa Timur di Indonesia gempar selepas mangsa kemalangan yang disangka sudah meninggal dunia kembali semula ke rumah keluarganya.

Suasana duka berubah menjadi kecoh ketika proses memandikan jenazah sedang dilakukan pada Khamis lalu.

Iklan
Iklan

Ahli keluarganya menangis kegembiraan sambil memeluk erat anak sebenar mereka yang muncul secara tiba-tiba.

Pada mulanya, keluarga individu tersebut dimaklumkan tentang kematiannya berdasarkan ciri fizikal mangsa.

Iklan

Salah faham itu berlaku kerana keluarganya tidak melakukan proses pengecaman mayat secara menyeluruh, sebaliknya terus membawa pulang untuk dikebumikan.

Kanit Gakkum Satlantas Polres Jember, Ipda Tommy Nur Alamsyah berkata, hal itu berlaku kerana kesilapan identiti.

Iklan

"Saya menggesa masyarakat agar mendapatkan pengesahan identiti mayat melalui rumah sakit atau pihak berkuasa sebelum dibawa pulang," katanya.

Jenazah mangsa telah dikembalikan di Puskesmas Bangsalsari untuk proses penyerahan kepada keluarga sebenar.

Nahas pada malam Tahun Baharu itu melibatkan sebuah trak dan motosikal di Jalan Raya Gambirono, Kecamatan Bangsalsari, Jember yang meragut dua nyawa. - Agensi