Rusia kecam tindakan AS serang Venezuela

Iklan
Seorang penyokong Maduro memegang potret Presiden Venezuela itu semasa satu perhimpunan berhampiran Istana Miraflores di Caracas pada 3 Januari 2026, selepas AS menawan pemimpin Venezuela. - AFP

MOSCOW - Rusia pada Sabtu mengecam tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Venezuela dan menuntut penjelasan segera mengenai apa yang berlaku terhadap pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro, yang menurut Presiden AS Donald Trump telah ditangkap oleh tentera AS.

Venezuela merupakan sekutu paling penting Rusia di Amerika Selatan, walaupun Kremlin setakat ini tidak menawarkan bantuan kepada Caracas sekiranya berlaku konflik dengan AS.

Iklan
Iklan

Menurut Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan, tindakan AS yang telah melakukan satu tindakan pencerobohan bersenjata terhadap Venezuela amat membimbangkan dan patut dikecam.

“Alasan yang digunakan untuk menghalalkan tindakan sedemikian tidak dapat dipertahankan. Permusuhan ideologi telah mengatasi pragmatisme berteraskan urusan,” tambah kenyataan itu.

Iklan

Dalam kenyataan susulan, kementerian berkenaan berkata ia amat bimbang dengan laporan bahawa Maduro dan isterinya telah dipindahkan secara paksa keluar dari negara itu akibat pencerobohan AS hari ini.

“Kami menuntut penjelasan segera mengenai situasi ini,” tambahnya.

Iklan

Rusia mengulangi sokongannya terhadap Maduro bulan lalu dan merupakan antara beberapa negara sahaja yang mengucapkan tahniah kepada pemimpin Venezuela yang sedang berdepan tekanan itu susulan kemenangan semula beliau dalam pilihan raya 2024 yang dipertikaikan. - AFP