Ceroboh hutan simpan untuk ’healing’
Iklan
JPNS melaksanakan operasi di hutan simpan bagi menangani aktiviti pencerobohan
SHAH ALAM – Tidak tahu dan tidak sempat mohon permit. Itu alasan penceroboh hutan simpan bagi tujuan rekreasi termasuklah pendakian yang dikesan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).
Untuk rekod kes memasuki hutan simpan tanpa kebenaran ini, tahun 2024 mencatatkan tangkapan 71 individu termasuk empat warga asing, manakala tahun ini merekodkan 165 tangkapan termasuk 18 warga asing.