Tahun baharu datang lagi
Iklan
Tahun baharu diharapkan dapat membawa sesuatu yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Foto: Felda
AWANG ucapkan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada semua pembaca Awang dan pembaca akhbar ini. Sama-samalah kita berdoa agar tahun baharu ini bawa sesuatu yang lebih baik dari tahun sebelumnya.
Kita amat sedar tahun 2025 sangat mencabar. Politik kita tak pernah stabil. Parlimen kita macam pasar yang riuh rendah, teriak meneriak, jerit menjerit oleh orang yang kita pilih wakili kita. Nampaknya begitulah dewan mulia itu dibuat oleh mereka yang lebih utamakan penampilan mereka di FB, Instagram, TikTok dan media sosial yang lain.