Adakah kaum Cina akan menyokong Pas?
Iklan
Masyarakat Cina didakwa tidak akan menyokong Pas. Foto hiasan
‘KEKECEWAAN’ adalah gambaran perasaan masyarakat Cina pada tahun 2025 terhadap pihak berkuasa. Selain keputusan kes Datuk Seri Najib Tun Razak di hujung tahun yang memberi sedikit kepuasan kepada kebanyakan orang Cina, dasas-dasar kerajaan hanya membawa kekecewaan dan kemarahan bagi sesetengah pihak.
Peningkatan kos sara hidup, kenaikan cukai, LHDN yang kian menekan rakyat, perjanjian dengan Amerika Syarikat, lonjakan mendadak hutang negara, pendedahan kes rasuah melibatkan parti kerajaan dan kawalan terhadap media sosial.