Gempa bumi magnitud 6.5 gegarkan Mexico

Iklan
Gempa bumi dengan magnitud 6.5 menggegarkan kawasan 4km utara-barat laut Rancho Viejo, Mexico. Foto Agensi

BEIJING - Gempa bumi dengan magnitud 6.5 menggegarkan kawasan 4 kilometer (km) utara-barat laut Rancho Viejo, Mexico pada 1358 GMT pada Jumaat, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Xinhua.

Pusat gempa dikesan pada kedalaman 35.0km yang pada mulanya ditentukan berada pada latitud 16.90 darjah utara dan longitud 99.30 darjah barat. -Bernama-Xinhua

Iklan
Iklan