PUTRAJAYA - Aspek percukaian, pengurangan birokrasi dan penambahbaikan akses kepada modal merupakan antara cadangan dasar yang akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri Isnin ini untuk pertimbangan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, cadangan itu yang bertujuan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.