Protes semakin ganas di Iran, enam maut

Iklan
Penunjuk perasaan membaling objek yang disasarkan ke atas bangunan kerajaan di Fasa, selatan Iran. - AFP

TEHERAN - Penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan terus bertempur di beberapa bandar di Iran pada Khamis selepas protes membantah kos sara hidup tinggi di negara itu berlarutan selama lima hari berturut-turut.

Rangkaian media melaporkan sekurang-kurangnya enam terbunuh dalam demonstrasi ganas tersebut.

Iklan
Iklan

"Beberapa penunjuk perasaan membaling pelbagai objek ke arah bangunan pentadbiran, pejabat gabenor dan bank hingga memaksa pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata," menurut laporan Fars.

Susulan situasi yang semakin tegang, pihak berkuasa turut menahan 30 suspek kerana mengganggu ketenteraman awam.

Iklan

"Operasi diselaraskan bersama perkhidmatan risikan itu menyasarkan kumpulan yang membuat kacau di daerah Malard, barat Teheran," kata jurucakap pihak berkuasa.

Presiden Masoud Pezeshkian juga berusaha meredakan protes tersebut dengan menggesa pemerintah supaya bertindak segera memulihkan keadaan ekonomi yang memberi kesan kepada rakyat. - AFP

Iklan