Parlimen perlu ada peranan lantik kepimpinan tertinggi ATM
Iklan
Khlir Mohd Nor
SHAH ALAM - Parlimen wajar diberikan peranan lebih besar dalam memastikan proses pelantikan kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaksanakan secara telus, berintegriti dan bebas daripada sebarang unsur campur tangan luar.
Bekas Ketua Perisikan Tentera Darat, Datuk Khlir Mohd Nor berkata, secara prinsipnya ATM sudah mempunyai pelan penggantian yang jelas termasuk laluan kenaikan pangkat daripada timbalan kepada jawatan tertinggi, namun perkembangan mutakhir menunjukkan proses itu seolah-olah tidak lagi dipatuhi.