Undi Melayu: Tuas atau tebusan politik?
Iklan
Resam politik hari ini, di mana kesetiaan antara parti dalam gabungan serapuh arang, tiada apa yang mustahil. Foto hiasan
ALMARHUM Tun Abdul Razak dilapor berkata: “Sekiranya apa-apa berlaku kepada UMNO, orang Melayu akan memilih Pas”.
Separuh abad berlalu, kata-kata itu kian menghampiri titik benar. Atau mungkin lebih tepat saat ruangan ini ditulis, undi orang Melayu berpecah kepada lima parti: Pas, Bersatu, UMNO, Amanah dan segelintir lagi menyokong PKR.